Sehari sebelum hari raya, Bonda tersayang semakin sibuk menyediakan makanan untuk anak-anak dan cucunya, Terutama menu Lontong Daun Pisang yang amat digemari oleh anak cucunya apabila berkumpul.
Sebenarnya Lontong Daun Pisang ni tidak di masak hanya untuk perayaan hario raya sahaja, biasanya jika anak2 balik serentak inilah menu yang dihidangkan bersama lauk Ayam masak Ungkep... sedap.....
Walaupun untuk menyediakan menu ni mengambilm masa yang lama untuk menyediakannya, namun bonda tersayang masih sabar menyediakannya, Untuk menyediakan dan menunggu hingga siap, mengambil masa 8 jam baru boleh di makan, tu belum kira masa mengambil daun kat kebun.
Mengapa tak di tolong??? anak2 atau cucu hanya tolong jaga masa masak jer... nak isi beras dalam daun dan sukat beras serta menggulung daun semuanya belum lulus.. penah tolong tapi yang anak2 buat semua tak jadi. ada yang keras sangat. ader yanmg lembik sangat. Yang paling teruk bungkusan daun pecah masa di masak...
Ha dah masak.... tunggu sampai sejuk baru boleh makan. Memang rasanya lain ... pernag beli yang sama namanya, tapi tak sama rasa yang Bonda tersayang buat...
No comments:
Post a Comment