Mohamed Bin Kasman & Kastamah Binti Ros

Mazlan , Azman , Salehan , Azami , Idaman-Foto , Rosdi , Rasman , Ghazali , Rohaidah , Roze , Rohana , Azrina
G-SARIL PRODUCT
klik nama di atas untuk maklumat seterusnya

Thursday, September 1, 2011

Hari Raya 2011

 Lampu Panjut dah di pasang, sampah sarap dah di bakar, rumah kecil sudah di cat, Kuih muih dah habis di bakar, itulah tandanya hari raya dah tiba.
 Beginilah suasana apabila tiba masa makan beramai2 selepas solat Sunat Hari Raya. Lontong Daun Pisang dan Ayam masak Ungkep yang dihidangkan di jadikan hidangan. Berebut2 semua nak makan.
 Selepas makan maka bermula pulak acara Tahlil ringkas untuk arwah Abah ( Al-Fatihah ), selepas tu beratur bersalaman memohon maaf.
 Yang paling seronok cucu-cucu Bonda Kastamah, bersalam pastu dapat duit raya, berebut-rebut anak cucu bersalam.
 Tahun ni Pak Jal sekeluarga baju bertemakan hijau, dari baju samapai rumah dicat hijau... Pak Mie bertema warna biru, Mak ana ( Hijau ), Mak Ajin (Hitam Putih) Mak Intan ( Kerlabu ), Pak Lie ( Biru) ,,, Warna warni kesemuanya....
Pak Jal... 

Untuk semua Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Lontong Daun Pisang Kastamah

 Sehari sebelum hari raya, Bonda tersayang semakin sibuk menyediakan makanan untuk anak-anak dan cucunya, Terutama menu Lontong Daun Pisang yang amat digemari oleh anak cucunya apabila berkumpul.
 Sebenarnya Lontong Daun Pisang ni tidak di masak hanya untuk perayaan hario raya sahaja, biasanya jika anak2 balik serentak inilah menu yang dihidangkan bersama lauk Ayam masak Ungkep... sedap.....
Walaupun untuk menyediakan menu ni mengambilm masa yang lama untuk menyediakannya, namun bonda tersayang masih sabar menyediakannya, Untuk menyediakan dan menunggu hingga siap, mengambil masa 8 jam baru boleh di makan, tu belum kira masa mengambil daun kat kebun.
Mengapa tak di tolong??? anak2 atau cucu hanya tolong jaga masa masak jer... nak isi beras dalam daun dan sukat beras serta menggulung daun semuanya belum lulus.. penah tolong tapi yang anak2 buat semua tak jadi. ada yang keras sangat. ader yanmg lembik sangat. Yang paling teruk bungkusan daun pecah masa di masak...
Ha dah masak.... tunggu sampai sejuk baru boleh makan. Memang rasanya lain ... pernag beli yang sama namanya, tapi tak sama rasa yang Bonda tersayang buat...