Mohamed Bin Kasman & Kastamah Binti Ros

Mazlan , Azman , Salehan , Azami , Idaman-Foto , Rosdi , Rasman , Ghazali , Rohaidah , Roze , Rohana , Azrina
G-SARIL PRODUCT
klik nama di atas untuk maklumat seterusnya

Wednesday, November 9, 2011

Warisan






 Pepatah Melayu....
   "  Melentur buluh biarlah dari rebungnya " Ia bermaksud apabila mendidik ( anak ) biarlah ketika ia di usia muda, kerana apa yang dibentuk dan diajar akan digunakan pada masa hadapannya. Iaitu jika putih yang diwarnakan maka putihlah kesudahannya.


Jadi apa yang perlu diingatkan dan diserapkan kepada anak2 anak ini.
1. Agamanya - jika dari sekarang diserapkan dan diingatkan kepada mereka kewajipan seperti sembahyang, puasa dan menutup aurat, insyaAllah ketika dewasa itulah yang menjadi pedoman mereka. Dan dari agama jugalah ibu bapa yang akan pergi dahulu dari mereka mendapat labanya dan habuannya. Kerana doa dari anak-anak yang soleh akan dibawa hingga akhirat. Amin....
2. Ilmunya - jika ilmu yang diberikan ilmu menuju kejalan lurus, luruslah perjalanannya. Dan dari ilmu juga anak-anak mampu membesar dan mengharungi liku-liku hingga akhir hayatnya. jika ilmu songsang yang di didik, songsanglah jadinya.
 3. Rezeki ( makanannya ) - jika makanan yang dimakan untuk tumbesarannya datang dari halal, maka darah yang mengalir, daging yang membesar dan akal yang mendorong pastinya membawa kebaikan. Tapi jika ia membesar dari hasil yang haram, maka haramlah seluruh tubuhnya... dan dari sinilah maka bermula kehidupan yang menyesatkan.


    Begitulah sukarnya melahirkan generasi yang akan menggantikan generasi sekarang, jika ingin melihat dunia pada masa akan datang kita perlu melihat anak-anak yang membesar pada masa sekarang kerana merekalah penghuni duna masa akan datang. Jika kita melatih mereka menipu maka menjadi penipulah mereka.


Ya Allah... aku mohon agar generasi yang ku lahirkan dan ku besarkan ini adalah yang di Redhai oleh-Mu.. Amin.....

Thursday, November 3, 2011

Mari Memancing

 Gaya Abang Man ( Sarawak )
Pak Mok... 
 Pak Jal.. Asyik ikan kecik jer.... tapi selalu dapat...
Pak Die... rekod tangkapan 6 kilo....... ikan apa lupa plak.. ha.. ha...

Agak2 bila nak gi mancing lagi ramai2....

Thursday, September 1, 2011

Hari Raya 2011

 Lampu Panjut dah di pasang, sampah sarap dah di bakar, rumah kecil sudah di cat, Kuih muih dah habis di bakar, itulah tandanya hari raya dah tiba.
 Beginilah suasana apabila tiba masa makan beramai2 selepas solat Sunat Hari Raya. Lontong Daun Pisang dan Ayam masak Ungkep yang dihidangkan di jadikan hidangan. Berebut2 semua nak makan.
 Selepas makan maka bermula pulak acara Tahlil ringkas untuk arwah Abah ( Al-Fatihah ), selepas tu beratur bersalaman memohon maaf.
 Yang paling seronok cucu-cucu Bonda Kastamah, bersalam pastu dapat duit raya, berebut-rebut anak cucu bersalam.
 Tahun ni Pak Jal sekeluarga baju bertemakan hijau, dari baju samapai rumah dicat hijau... Pak Mie bertema warna biru, Mak ana ( Hijau ), Mak Ajin (Hitam Putih) Mak Intan ( Kerlabu ), Pak Lie ( Biru) ,,, Warna warni kesemuanya....
Pak Jal... 

Untuk semua Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Lontong Daun Pisang Kastamah

 Sehari sebelum hari raya, Bonda tersayang semakin sibuk menyediakan makanan untuk anak-anak dan cucunya, Terutama menu Lontong Daun Pisang yang amat digemari oleh anak cucunya apabila berkumpul.
 Sebenarnya Lontong Daun Pisang ni tidak di masak hanya untuk perayaan hario raya sahaja, biasanya jika anak2 balik serentak inilah menu yang dihidangkan bersama lauk Ayam masak Ungkep... sedap.....
Walaupun untuk menyediakan menu ni mengambilm masa yang lama untuk menyediakannya, namun bonda tersayang masih sabar menyediakannya, Untuk menyediakan dan menunggu hingga siap, mengambil masa 8 jam baru boleh di makan, tu belum kira masa mengambil daun kat kebun.
Mengapa tak di tolong??? anak2 atau cucu hanya tolong jaga masa masak jer... nak isi beras dalam daun dan sukat beras serta menggulung daun semuanya belum lulus.. penah tolong tapi yang anak2 buat semua tak jadi. ada yang keras sangat. ader yanmg lembik sangat. Yang paling teruk bungkusan daun pecah masa di masak...
Ha dah masak.... tunggu sampai sejuk baru boleh makan. Memang rasanya lain ... pernag beli yang sama namanya, tapi tak sama rasa yang Bonda tersayang buat...

Thursday, August 25, 2011

Memancing Bersama Abang Man Sarawak

 Abang Man... yang kini telah menetap di Sarawak. Ntah macamana pada hari tu semasa dia ada kat umah Mak terajak dia gi mancing.... terus ajer dia kata nak ikut. Maka pada hari tu pergilah kami ke Pantai Punggor. Nak dijadikan cerita semasa dalam perjalanan ke lokasi hujan turun dengan lebatnya... Bila hujan turun pastinya untuk naikkan ikan menjadi sukar kerana air laut bercampur ngan air tawar. Namun ku gagahkan juga pergi kerana pada kali ni abang Man turut serta bersama Pak Mok dan Mak Ana.
 Ni lah Pak Mok ( hubby Mak Ana ). Berposing jer lebih, Nak di jadikan cerita, hanya seekor yang naik ikan pada hari tu. Sapa yan g dapat, sapa lagi Pak Mok lah... dah rezeki dia. Bangga dia kerana dapat naikkan seekor gelama pada hari tu.
Tengoklah Pakmok ni.. gaya jer lebih, pasang umpan pun  tak pandai.. tapi seronok plak dapat mancing bersama-sama ni. Oleh kerana air sudah mula kering, hanya sejam saja dapat melayan Jorann pada hari tu.

Sunday, July 3, 2011

Doa Selamat & Kesyukuran

 Inilah juadah yang ala kadar sempena menyambut ulang tahun bonda tersayang, Sup Ayam disediakan oleh mak ana, Kek dan Karipap disediakan oleh Mak Lone, Makanan ringan untuk anak2 disediakan oleh Mak Yana.
 Yang turut serta dalam amjlis ni hanya Pak Lie Sekeluarga, Pak Gondot Sekeluarga, Pak Jal Sekeluarga, Mak Ana sekeluarga dan Mak Ajin sekeluaga.
 Bonda tersayang memotong Kek selepas tahlil ringkas dan bacaan doa selamat.
 Pak Mok sedang melayan anak buah berebut nak makan aiskrim...
Alhamdulillah majlis turut disertai oleh Abang Man ( Sarawak ) yang lewat sampai kerana ada urusan di Melaka. Majlis ringkas namun seronok dapat meraikan bonda tersayang. Semoga bonda terus sihat panjang umur dan diberikan kebahagian selalu.

Wednesday, May 25, 2011

Tahniah Kepada Dato' Azami...


Persiapan Untuk Pertandingan Memancing Semasa Cuti

 Aktiviti membersihkan dan mendalamkan kolam. Teringat masa kecik2 dulu belajar berenang dalam kolam ini.
 Penat betul... banyak sangat daun dalam kolam ni...
 Upacara memasukkan ikan ke dalam kolam yang telah dibersihkan...
Jumlah ikan setakat ini yang telah dimasukkan sebanyak 30 ekor ikan putu dam 5 ekor keli...

Wednesday, May 11, 2011

Reunion Sempena Cuti Sekolah

Tarikh : 04 Jun 2011 hingga 06 Jun 2011

Bertempat di rumah Bonda Kastamah

Aktiviti yang dicadangkan

Sabtu :
08.00 pagi - 12.00 tgh
 1. Gotong royong membersihkan sekitar rumah Bonda Kastamah
02.00 ptg - 06.00 ptg
 1. Doa selamat dan kesyukuran sekeluarga
08.00 malam - 12.00 malam
 1. BBQ
 2. Pertandingan memancing ( ikan keli & puyu )
     sila bawa joran dan kelengkapan sendiri, kelengkapan yang disediakan hanya ala-kadar sahaja.
Ahad
08.00 pagi - 12.00 tgh
 1. Aqiqah ( Abang Man )
 2. Persiapan ( masak )  untuk Majlis Yassin
02.00 ptg hingga 04.00 ptg
 1. Majlis Yassin ( perempuan )

 BBQ...
Kolam cadangan untuk pertandingan memancing.

Friday, May 6, 2011

Bondaku Sayang ( Selamat Hari Ibu )

 Hari Ibu... setiap sambutan pasti ditentukan tarikhnya.. tapi Hari Ibu tiada tarikh sambutan sebenarnya kerana Hari Ibu adalah sepanjang masa.
 Kalau diingatkan dari kecil hingga besar ( dewasa ) kini.... rasanya tiada pernah seorang ibu lupa akan anak-anaknya. Semoga anak-anaknya pun merasai apa yang dirasai. Iaitu mengingati seorang ibunya.
 Semasa kecil dan semasa seorang ibu pasti akan mengasuh anak-anaknya dan pastinya yang terbaik ingin diberikannya. kerana itu adalah tanda kasih sayangnya. Adakah anak-anaknya memberikan yang terbaik untuk ibunya setelah ia dewasa???
 Begitulah juga rasa keseronokkannya jika bersama anak-anaknya yang dibesarkan dari kecil hingga semuanya dewasa. Rasanya tiada yang kurang kasih sayangnya kepada semua anak-anaknya. Bagaimana pula anak-anaknya, kasih sayang pada ibunya adakah berkurang atau bertambah... tepuk dada tanya selera....
 Setiap kali ada masa bersama pastinya seorang ibu itu ingin menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anaknya.. Begitu juga dengan kelengkapan untuk anak cucunya, kalau boleh semuanya nak di barukan dan dibaik pulih agar semuanya selesa dan supaya tidak kekok di rumahnya. Tapi kudrat orang tua... anak-anak dan cucunya seharusnya faham keadaannya...
Terima kasih Mak.... kerana membesarkan aku dengan yang lain. Tidak ternilai pengorbanan Mak kepada kami semua.. jika dikumpulkan semua harta dan kekayaan dunia ini pasti tak dapat menggantikannya... Terima Kasih Mak... Terima Kasih Mak....

p/s apa yang diminta rasanya tak sebanyak mana yang dikorbankannya... cukup sekadar bertanya khabar dan menghubunginya setiap masa... sistem komunikasi semakin canggih dan semuanya mampu menggunakannya... hubunginya walau seminit pasti menggembirakannya... hubungi dan sayangi ketika masih ada... itulah harapannya..


Ibu.... Ibu....
Engkaulah Ratu Hatiku