Pepatah Melayu....
"
Melentur buluh biarlah dari rebungnya " Ia bermaksud apabila mendidik (
anak ) biarlah ketika ia di usia muda, kerana apa yang dibentuk dan diajar akan digunakan pada masa hadapannya. Iaitu jika putih yang diwarnakan maka putihlah kesudahannya.
Jadi apa yang perlu diingatkan dan diserapkan kepada anak2 anak ini.
1.
Agamanya - jika dari sekarang diserapkan dan diingatkan kepada mereka kewajipan seperti sembahyang, puasa dan menutup aurat, insyaAllah ketika dewasa itulah yang menjadi pedoman mereka. Dan dari agama jugalah ibu bapa yang akan pergi dahulu dari mereka mendapat labanya dan habuannya. Kerana doa dari anak-anak yang soleh akan dibawa hingga akhirat. Amin....
2.
Ilmunya - jika ilmu yang diberikan ilmu menuju kejalan lurus, luruslah perjalanannya. Dan dari ilmu juga anak-anak mampu membesar dan mengharungi liku-liku hingga akhir hayatnya. jika ilmu songsang yang di didik, songsanglah jadinya.
3.
Rezeki ( makanannya ) - jika makanan yang dimakan untuk tumbesarannya datang dari halal, maka darah yang mengalir, daging yang membesar dan akal yang mendorong pastinya membawa kebaikan. Tapi jika ia membesar dari hasil yang haram, maka haramlah seluruh tubuhnya... dan dari sinilah maka bermula kehidupan yang menyesatkan.
Begitulah sukarnya melahirkan generasi yang akan menggantikan generasi sekarang, jika ingin melihat dunia pada masa akan datang kita perlu melihat anak-anak yang membesar pada masa sekarang kerana merekalah penghuni duna masa akan datang. Jika kita melatih mereka menipu maka menjadi penipulah mereka.
Ya Allah... aku mohon agar generasi yang ku lahirkan dan ku besarkan ini adalah yang di Redhai oleh-Mu.. Amin.....