Mohamed Bin Kasman & Kastamah Binti Ros

Mazlan , Azman , Salehan , Azami , Idaman-Foto , Rosdi , Rasman , Ghazali , Rohaidah , Roze , Rohana , Azrina
G-SARIL PRODUCT
klik nama di atas untuk maklumat seterusnya

Thursday, August 25, 2011

Memancing Bersama Abang Man Sarawak

 Abang Man... yang kini telah menetap di Sarawak. Ntah macamana pada hari tu semasa dia ada kat umah Mak terajak dia gi mancing.... terus ajer dia kata nak ikut. Maka pada hari tu pergilah kami ke Pantai Punggor. Nak dijadikan cerita semasa dalam perjalanan ke lokasi hujan turun dengan lebatnya... Bila hujan turun pastinya untuk naikkan ikan menjadi sukar kerana air laut bercampur ngan air tawar. Namun ku gagahkan juga pergi kerana pada kali ni abang Man turut serta bersama Pak Mok dan Mak Ana.
 Ni lah Pak Mok ( hubby Mak Ana ). Berposing jer lebih, Nak di jadikan cerita, hanya seekor yang naik ikan pada hari tu. Sapa yan g dapat, sapa lagi Pak Mok lah... dah rezeki dia. Bangga dia kerana dapat naikkan seekor gelama pada hari tu.
Tengoklah Pakmok ni.. gaya jer lebih, pasang umpan pun  tak pandai.. tapi seronok plak dapat mancing bersama-sama ni. Oleh kerana air sudah mula kering, hanya sejam saja dapat melayan Jorann pada hari tu.