Mohamed Bin Kasman & Kastamah Binti Ros

Mazlan , Azman , Salehan , Azami , Idaman-Foto , Rosdi , Rasman , Ghazali , Rohaidah , Roze , Rohana , Azrina
G-SARIL PRODUCT
klik nama di atas untuk maklumat seterusnya

Wednesday, May 25, 2011

Tahniah Kepada Dato' Azami...


Persiapan Untuk Pertandingan Memancing Semasa Cuti

 Aktiviti membersihkan dan mendalamkan kolam. Teringat masa kecik2 dulu belajar berenang dalam kolam ini.
 Penat betul... banyak sangat daun dalam kolam ni...
 Upacara memasukkan ikan ke dalam kolam yang telah dibersihkan...
Jumlah ikan setakat ini yang telah dimasukkan sebanyak 30 ekor ikan putu dam 5 ekor keli...

Wednesday, May 11, 2011

Reunion Sempena Cuti Sekolah

Tarikh : 04 Jun 2011 hingga 06 Jun 2011

Bertempat di rumah Bonda Kastamah

Aktiviti yang dicadangkan

Sabtu :
08.00 pagi - 12.00 tgh
 1. Gotong royong membersihkan sekitar rumah Bonda Kastamah
02.00 ptg - 06.00 ptg
 1. Doa selamat dan kesyukuran sekeluarga
08.00 malam - 12.00 malam
 1. BBQ
 2. Pertandingan memancing ( ikan keli & puyu )
     sila bawa joran dan kelengkapan sendiri, kelengkapan yang disediakan hanya ala-kadar sahaja.
Ahad
08.00 pagi - 12.00 tgh
 1. Aqiqah ( Abang Man )
 2. Persiapan ( masak )  untuk Majlis Yassin
02.00 ptg hingga 04.00 ptg
 1. Majlis Yassin ( perempuan )

 BBQ...
Kolam cadangan untuk pertandingan memancing.

Friday, May 6, 2011

Bondaku Sayang ( Selamat Hari Ibu )

 Hari Ibu... setiap sambutan pasti ditentukan tarikhnya.. tapi Hari Ibu tiada tarikh sambutan sebenarnya kerana Hari Ibu adalah sepanjang masa.
 Kalau diingatkan dari kecil hingga besar ( dewasa ) kini.... rasanya tiada pernah seorang ibu lupa akan anak-anaknya. Semoga anak-anaknya pun merasai apa yang dirasai. Iaitu mengingati seorang ibunya.
 Semasa kecil dan semasa seorang ibu pasti akan mengasuh anak-anaknya dan pastinya yang terbaik ingin diberikannya. kerana itu adalah tanda kasih sayangnya. Adakah anak-anaknya memberikan yang terbaik untuk ibunya setelah ia dewasa???
 Begitulah juga rasa keseronokkannya jika bersama anak-anaknya yang dibesarkan dari kecil hingga semuanya dewasa. Rasanya tiada yang kurang kasih sayangnya kepada semua anak-anaknya. Bagaimana pula anak-anaknya, kasih sayang pada ibunya adakah berkurang atau bertambah... tepuk dada tanya selera....
 Setiap kali ada masa bersama pastinya seorang ibu itu ingin menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anaknya.. Begitu juga dengan kelengkapan untuk anak cucunya, kalau boleh semuanya nak di barukan dan dibaik pulih agar semuanya selesa dan supaya tidak kekok di rumahnya. Tapi kudrat orang tua... anak-anak dan cucunya seharusnya faham keadaannya...
Terima kasih Mak.... kerana membesarkan aku dengan yang lain. Tidak ternilai pengorbanan Mak kepada kami semua.. jika dikumpulkan semua harta dan kekayaan dunia ini pasti tak dapat menggantikannya... Terima Kasih Mak... Terima Kasih Mak....

p/s apa yang diminta rasanya tak sebanyak mana yang dikorbankannya... cukup sekadar bertanya khabar dan menghubunginya setiap masa... sistem komunikasi semakin canggih dan semuanya mampu menggunakannya... hubunginya walau seminit pasti menggembirakannya... hubungi dan sayangi ketika masih ada... itulah harapannya..


Ibu.... Ibu....
Engkaulah Ratu Hatiku